Malaysia Oversight

Huawei Nova 14i Dilancarkan Dengan Kamera 50MP Dan Butang X

By Amanz in October 2, 2025 – Reading time 1 minute
Huawei Nova 14i Dilancarkan Dengan Kamera 50MP Dan Butang X


Huawei Nova 14i Dilancarkan Dengan Kamera 50MP Dan Butang X

October 2, 2025
Huawei

Amy Maizuraa

Huawei Nova 14i dilancarkan sebagai kesinambungan kepada generasi terdahulu dengan fokus pada penggunaan harian. Dari segi ciri dan fungsi, ia menyerupai sebuah Huawei Nova Y91 namun hadir dengan rekaan baharu bagi menjadikannya lebih relevan untuk tahun 2025.

Huawei Nova 14i Dilancarkan Dengan Kamera 50MP Dan Butang X 2 edited 1

Peranti ini hadir dengan skrin LCD FHD+ bersaiz 6.95 inci (2376 × 1080 piksel) dan kadar segar semula 90Hz. Ia dipadankan dengan cip Snapdragon 680, memori 8GB RAM dan 256GB ROM. Dari segi perisian, ia menjalankan EMUI 14.2 walaupun versi EMUI 15 telah pun tersedia. Menariknya lagi, peranti ini turut dilengkapi butang ‘X’ di bahagian sisi peranti yang membolehkan pengguna melancarkan widget atau aplikasi kegemaran dengan satu klik sahaja.

Huawei Nova 14i Dilancarkan Dengan Kamera 50MP Dan Butang X 1

Untuk kamera, ia menawarkan tetapan 50MP utama dan 2MP sensor kedalaman manakala kamera swafoto pula sebesar 8MP. Walaupun dimuatkan dengan bateri besar 7000mAh, reka bentuk peranti dilihat masih nipis dengan ketebalan sekitar 8.9mm. Buat masa ini, harga rasmi untuk peranti masih belum didedahkan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link