Huawei Nova 14 Ultra Kini Rasmi – Skrin OLED 120Hz Dan Kamera 50MP
May 20, 2025
•
Amy Maizuraa
Huawei Nova 14 Ultra turut dilancarkan sebagai model paling premium dalam siri Nova 14. Telefon ini menawarkan reka bentuk elegan bersama spesifikasi canggih. Ia mempunyai badan nipis 7.78mm dengan kaca kunlun untuk lebih tahan lasak. Ia juga dilengkapi dengan penarafan kalis air IP68/IP69 bagi memberikan perlindungan terhadap debu dan air bertekanan tinggi.

Dari segi paparan, ia menggunakan skrin LTPO OLED 6.81-inci dengan resolusi FHD+ (1272 x 2860 piksel) dan kadar segar semula 120Hz. Teknologi nanocrystal plating serta AI Intelligent Eye Protection turut disertakan untuk pengalaman visual yang lebih selesa.
Sistem kamera terdiri daripada 50MP RYYB Variable Aperture Stabilization Lens (F1.4-F4.0) dengan OIS, 50MP RYYB periskop telefoto dengan 3.7x zum optic dan 13MP RYYB ultralebar/makro. Kamera hadapan pula menawarkan 50MP + 8MP untuk swafoto berkualiti tinggi.

Telefon ini dikuasakan oleh bateri 5,500mAh dengan pengecasan pantas 100W, serta menyokong Bluetooth 5.2, GPS (L1+L5 Dual Band), NFC, dan lain-lain. Ia juga menjalankan HarmonyOS 5.0 bagi memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.