Huawei Meningkat Pengeluaran Cip AI Menerusi Tiga Kilang Fabrikasi Baharu
Effi Saharudin
Perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China menyebabkan Huawei dihalang mengakses cip berteknologi Amerika Syarikat dan kilang fabrikasi TSMC. Langkah ini pada awalnya dilihat akan menguburkan Huawei tetapi selepas lima tahun, mereka bangkit semula dan kini memulakan usaha meningkatkan lagi pengeluaran cip kecerdasan buatan (AI).
Dalam laporan Financial Times, sebuah kilang fabrikasi cip AI Huawei akan memulakan pengeluaran sebelum penghujung 2025 dengan dua lagi akan dibuka pada tahun 2026. Pemilik ketiga-tiga kilang ini masih belum diketahui tetapi peningkatan pengeluaran ini berkait rapat dengan arahan kerajaan China supaya syarikat tempatan berhenti menggunakan cip AI keluaran NVIDIA.

Huawei melancarkan sistem CloudMatrix 384 terdiri daripada 384 cip Ascend 910c dengan mereka mengatakan ia mampu menawarkan kuasa berbanding NVIDIA GB200 NVL72. Jika pengharaman penggunaan cip NVIDIA diteruskan di China, Huawei ialah syarikat yang akan membekalkan keperluan cip AI domestik.
Pagi ini NVIDIA mengumumkan tidak ada jualan cip NVIDIA H20 pada Q2 2025. Mereka juga minggu lalu dilaporkan telah menghentikan pengeluaran cip H20 dan dalam proses menghasilkan cip B30A yang lebih berkuasa tetapi sekadar 80% kemampuan cip B300. Walaupun NVIDIA telah memberikan prototaip untuk diuji, beluam diketahui sama ada pentadbiran Trump akan membenarkan ia dijual kepada China.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.