Huawei MatePad Mini Diperkenalkan Dengan Skrin OLED 8″ Dan Bateri 6400mAh
Amy Maizuraa
Huawei memperkenalkan MatePad Mini sebagai pilihan tablet bersaiz kompak baharu. Peranti ini hadir dengan skrin Flexible OLED 8.8-inci 120Hz dan ketebalan 5.1mm. Paparan menyokong resolusi 2560 × 1600 piksel dengan kepadatan piksel 343 PPI.

MatePad Mini menggunakan sistem operasi HarmonyOS 5.1 yang menawarkan pengalaman lebih moden. Ia hadir dengan pilihan memori sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 1TB. Huawei turut menaik taraf aplikasi Huawei Notes dengan ciri baharu seperti AI Keypoints, kanvas yang lebih banyak, peta minda boleh disusun secara bebas serta fungsi import dokumen untuk kemudahan mencatat dan menyusun idea.

Tablet ini menyokong HUAWEI M-Pencil Pro generasi baharu yang memberikan kawalan lebih responsif. Ia menyokong tiga jenis mata pen dan boleh diputarkan untuk menukar hujung pen dengan mudah. Ia juga dilengkapi butang khas untuk menyeru pembantu maya Xiaoyi, selain turut boleh digunakan untuk merakam suara dan menukar suara kepada teks secara langsung.

MatePad Mini dilengkapi sistem dwi-kamera belakang 50MP+8MP manakala swafoto sebesar 50MP. Peranti juga menggunakan bateri berkapasiti 6400mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.