Malaysia Oversight

Huawei Mate XTs Dilancarkan Dengan Cip Kirin 9020

By Amanz in September 4, 2025 – Reading time 2 minute
Huawei Mate XTs Dilancarkan Dengan Cip Kirin 9020


Huawei Mate XTs Dilancarkan Dengan Cip Kirin 9020

September 4, 2025
Huawei

Amy Maizuraa

Huawei secara rasmi melancarkan telefon pintar skrin lipat tiga generasi kedua mereka Huawei Mate XTs. Ia masih mengekalkan identiti seperti generasi terdahulu namun hadir dengan peningkatan perkakasan dalaman yang lebih terkini.

Huawei Mate XTs 1

Huawei Mate XTs menggunakan tiga panel skrin LTPO OLED yang menyokong resolusi setinggi 3K dan paparan warna sehingga 1.07 bilion warna dengan gamut warna P3. Saiz skrin boleh mencecah 10.2-inci apabila dibuka sepenuhnya, 7.9-inci apabila dilipat dua dan 6.4-inci dalam mod skrin tunggal.

Huawei Mate XTs6666

Huawei Mate XTs dijana cip Kirin 9020 bersama memori sehingga 16GB RAM serta pilihan storan dalaman 1TB. Peranti juga menjalankan sistem operasi HarmonyOS 5.1 baharu yang menawarkan pengalaman penggunaan lebih lancar dan pintar.

Huawei Mate XTs 6

Antara ciri menarik yang diperkenalkan termasuk fungsi Panoramic Multi-Window yang membolehkan tiga tetingkap digunakan serentak dengan saiz boleh laras dan kandungan boleh diseret antara aplikasi. Fungsi Three-Screen Desktop pula memaparkan lebih banyak ikon aplikasi dalam satu paparan apabila skrin dibuka penuh.

Huawei Mate XTs o

Buat pertama kali, aplikasi versi PC turut tersedia dalam telefon ini untuk pengalaman kerja yang lebih efisien. Aplikasi seperti WPS Office, Wind Financial Terminal, Oriental Wealth, Wonder share Illustration dan Wonder share Brain Map kini boleh digunakan dalam paparan skrin besar mencapai tiga lipatan dengan sokongan stylus pintar.

Huawei Mate XTs 5

Huawei Mate XTs dilengkapi sistem kamera utama 50MP dengan aperture boleh diubah antara F1.4 hingga F4.0 dan OIS. Ia turut menampilkan kamera ultra lebar 40MP, telefoto periskop 12MP dan Red Maple Camera dengan lebih 1.5 juta spektrum. Peranti ini menggunakan bateri silikon berkapasiri 5600mAh dengan ketebalan hanya 1.9mm dan menyokong pengecasan nirwayar 50W.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link