Malaysia Oversight

Huawei Mate 80 Dijangka Hadir Dengan Modul Kamera Baharu

By Amanz in October 7, 2025 – Reading time 1 minute
Huawei Mate 80 Dijangka Hadir Dengan Modul Kamera Baharu


Huawei Mate 80 Dijangka Hadir Dengan Modul Kamera Baharu

October 7, 2025
Huawei

Amy Maizuraa

Siri Huawei Mate 80 dijangka dilancarkan di dalam masa terdekat walaupun tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan. Peranti tersebut telah disenaraikan di laman pensijilan jualan sekali gus menandakan pelancarannya semakin hampir.

HUAWEI Mate 80 A edited

Sementara itu, imej tular menunjukkan perubahan ketara pada panel belakang khususnya modul kamera bulat yang direka semula berbanding siri Mate 70. Model Mate 80 Pro dilaporkan hadir dengan tiga kamera yang disusun dalam bentuk segi tiga iaitu lensa telefoto periskop di bahagian atas bersama kamera utama dan kamera sudut ultra lebar di bahagian bawah.

HUAWEI Mate 80 B

Selain itu, modul kamera ini dilengkapi dua lampu LED memanjang serta gegelang menyerupai keluli yang menyerlahkan reka bentuknya. Turut kelihatan ialah komponen tambahan yang dipercayai berfungsi sebagai sensor warna atau cahaya. Siri ini juga memperkenalkan pilihan warna baharu iaitu kuning.

Dari segi spesifikasi, Huawei Mate 80 dijangka mengekalkan ciri utama siri sebelumnya. Namun begitu, ia hadir dengan beberapa penambahbaikan seperti pengecasan pantas 100W, cip Kirin baharu, dan sekurang-kurangnya satu model yang dilengkapi kipas penyejuk terbina dalam.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link