Huawei Mate 80 dan Mate X7 Akan Dilancarkan Pada 25 November
Effi Saharudin
Huawei Mate 80 dan Huawei Mate X7 secara rasminya akan dilancarkan pada 25 November depan. Huawei Mate 80 akan mengekalkan rekaan bonggol kamera berbentuk bulat yang besar bersama dengan bahagian pengecasan nirwayar berbentuk bulat yang ketara di belakang. Dari jauh kedua-dia bulatan ini nampak seperti angka lapan dan juga simbol infiniti.

Huawei Mate X7 pula ialah peranti skrin lipat dengan rekaan buku terbaru menggantikan Mate X6 yang dilancarkan sebelum ini. Rekaan peranti ini belum lagi diperlihatkan oleh Huawei secara rasmi. Berdasarkan ura-ura kedua-dua peranti akan menggunakan cip Kirin 9030 dengan ia dipadankan dengan sistem operasi HarmonyOS 6.
Malaysia ialah antara pasaran utama peranti Huawei di luar China maka teruskan bersama kami untuk mengetahui bilakah peranti-peranti ini akan mula dipasarkan di negara kita.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






