Malaysia Oversight

Huawei Kembali Merampas Takhta Kamera Telefon Terbaik DXOMark Melalui Huawei Pura80 Ultra

By Amanz in August 16, 2025 – Reading time 1 minute
Huawei Kembali Merampas Takhta Kamera Telefon Terbaik DXOMark Melalui Huawei Pura80 Ultra


Huawei Kembali Merampas Takhta Kamera Telefon Terbaik DXOMark Melalui Huawei Pura80 Ultra

August 16, 2025
Huawei

Aman

DXOMark kini telah mengeluarkan skor untuk telefon pintar terbaru Huawei, iaitu Huawei Pura80 Ultra, sekaligus memperlihatkan telefon pintar berkenaan menawarkan sokongan rakaman gambar dan video terbaik berbanding pelbagai peranti lain di pasaran – membawa Pura80 ke kedudukan pertama DXOMark.

Sebelum ini, Vivo X200 Ultra dan Oppo Find X8 Ultra mendahului penawaran Huawei terdahulu, dan kini Pura80 Ultra membolehkan Huawei merampas takhta berkenaan kembali.

Sequence 01.00 00 07 16.Still004 1

Huawei Pura80 Ultra dikatakan menawarkan rakaman yang konsisten dari segi warna dan kejituan, rakaman gambar potrait yang cantik selari tona kulit, selain rakaman telefoto dan ultra-lebar yang sangat baik. Walaubagaimanapun, ia masih terdapat sedikit kekurangan, dimana terdapat sedikit perubahan pada warna dan kecerahan ketika rakaman dalam keadaan cahaya yang mencabar.

Huawei Pura80 Ultra dilengkapi sistem kamera belakang yang merangkumi lensa utama sudut lebar 50MP bersaiz 1″ dengan apertur boleh diubah f/1.6 hingga f/4.0 dengan OIS. Turut disertakan ialah lensa ultra lebar 40MP, telefoto periskop masing-masing dengan 50MP dan 12.5MP serta spektrum 1.5MP. Menariknya, kedua-dua lensa telefoto periskop berkongsi sensor yang sama dan menyokong zum optikal 3.7X serta 9.4X manakala zum digital sehingga 100X.

Huawei telah pun sedia menjual telefon pintar ini di Malaysia, dimana Huawei Pura80 Ultra dijual pada harga RM6599.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link