Huawei HarmonyOS 6 Menyokong Pemindahan Fail Terus Ke Peranti Apple
Aman
Huawei kini telah mula menawarkan HarmonyOS 6 dalam bentuk beta, sekaligus memperlihatkan perkembangan sistem operasi berkenaan bersama sejumlah ciri-ciri baharu. Seperti ramai sedia maklum, sejak versi sebelum ini, Huawei telah menggantikan komponen Android, dan membuatkan HarmonyOS merupakan sistem operasi yang dibangunkan mereka sepenuhnya.
HarmonyOS 6 ini akan ditawarkan kepada lebih 90 peranti Huawei secara berperinkgat, terutamanya di pasaran China. Mengikut data semasa sebelum ini, HarmonyOS mempunyai pegangan pasaran sekitar 17% di China, mendahului iOS yang sebanyak 16%.

HarmonyOS 6.0 menyertakan sejumlah pembaharuan, termasuk integrasi kecerdasan buatan, dan juga sokongan HarmonyOS Agent, membolehkan pembanguna mengintegrasikannya pada aplikasi, dan membolehkan arahan melalui kecerdasan buatan untuk melakukan sejumlah perkara. Sebanyak 80 agen ditawarkan setakat ini melalui HarmonyOS 6.
Tidak setakat itu, Huawei melalui HarmonyOS 6 juga menawarkan kemudahan pemindahan fail terus ke peranti Apple, melalui ciri lebih kurang sama seperti AirDrop. Ini sekaligus memudahkan pemindahan fail antara peranti Huawei ke peranti Apple.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berkenaan jadual pengenalan HarmonyOS 6 versi stabil untuk pengguna global, termasuk Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






