Malaysia Oversight

Huawei Dilaporkan Bangunkan Cermin Mata Pintar Dengan Tali Boleh Tukar Menjadi Cincin

By Amanz in November 5, 2025 – Reading time 1 minute
Huawei Dilaporkan Bangunkan Cermin Mata Pintar Dengan Tali Boleh Tukar Menjadi Cincin


Huawei Dilaporkan Bangunkan Cermin Mata Pintar Dengan Tali Boleh Tukar Menjadi Cincin

November 5, 2025
Huawei
Lain-lain

Amy Maizuraa

Huawei pernah menghasilkan cermin mata pintar dikenali sebagai Huawei Vision Glass dan kini dilaporkan sedang membangunkan versi baharu yang lebih menarik berdasarkan permohonan paten terkini. Ia dikatakan bakal dilengkapi dengan tali boleh tanggal yang boleh ditukar menjadi cincin pintar.

HUawei Paten 01 edited

Lebih menarik, cincin ini bukan sekadar aksesori malah berfungsi sebagai alat kawalan utama untuk mengendalikan antara muka cermin mata pintar tersebut. Ia boleh dipakai di jari dan digunakan untuk pelbagai kawalan seperti pengecaman gerakan.

HUawei Paten 02

Apabila disimpan semula ke dalam set kepala, cincin ini menyokong kawalan asas seperti ketukan dan leretan. Ia juga akan dicas semula secara automatik apabila dipasang semula ke dalam peranti, sekali gus menjadikan alat kawalan berasingan tidak lagi diperlukan.

Secara logik, ia dilihat sebagai satu penyelesaian cukup menarik. Namun, sejauh mana keberkesanannya dalam penggunaan sebenar masih belum dapat dipastikan. Apa pun, perlu diingat bahawa ini hanyalah permohonan paten oleh Huawei dan tidak semestinya akan menjadi produk sebenar di pasaran.

GSMArena

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link