Malaysia Oversight

HTC Memperkenalkan Kaca Mata Pintar AI – Vive Eagle, Ditawarkan Di Taiwan

By Amanz in August 14, 2025 – Reading time 1 minute
HTC Memperkenalkan Kaca Mata Pintar AI – Vive Eagle, Ditawarkan Di Taiwan


HTC Memperkenalkan Kaca Mata Pintar AI – Vive Eagle, Ditawarkan Di Taiwan

August 14, 2025
HTC

Aman

HTC, salah satu jenama yang popular suatu ketika dahulu telah pun beralih memfokuskan penawaran peranti realiti-maya sebelum ini. Kini, selain daripada set realiti-maya, HTC turut hadir dengan penawaran baharu, iaitu sebuah kaca mata pintar, dinamakan HTC Vive Eagle.

HTC Vive Eagle 01
HTC Vive

Menjadi teras utama pada kaca mata pintar ini adalah integrasi kecerdasan buatan, dan boleh melakukan sejumlah perkara dengan arahan “Hey VIVE”. Antara contoh yang diberikan adalah termasuk boleh bertanyakan soalan, mendapatkan beirta terbaru, melakukan terjemahan, mencadangkan resipi, merakamkan gambar, dan sebagainya. Semuanya boleh dikawal menggunakan arahan suara.

Menariknya juga, ia turut hadir dengan sokongan memori, membolehkan ia menghimpunkan data seperti wajah dan nama, lokasi parkir dan lain-lain.

HTC Vive Eagle

HTC menyatakan kaca mata pintar ini ditawarkan di Taiwan bermula 1 September 2025 ini. Ia hadir dengan dua variasi saiz, iaitu M dan L, dan kaca mata pintar ini beroperasi dengan integrasi bersama telefon pintar. HTC mengatakan kaca mata pintar ini boleh digunakan selama 4.5 jam dengan memainkan lagu sepanjang masa melaluinya, atau 36 jam masa bertahan. Ia turut boleh dicas dari 0% ke 50% dalam masa hanya 10 minit.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link