Honor X9d Bakal Tiba Di Malaysia Pada 24 September 2025 – Hadir Dengan Bateri 8300mAh
Amy Maizuraa
Honor mengesahkan pelancaran rasmi telefon tahan lasak terbarunya Honor X9d yang akan berlangsung pada 24 September 2025. Rekaan peranti ini menyerupai model Honor X70 yang dilancarkan di China pada Julai lalu tetapi hadir dengan beberapa penambahbaikan.

Ia dilengkapi kamera utama 108MP dan bonggol kamera bulat dengan kemasan emas. Honor X9d direka untuk tahan lasak dengan penarafan IP69K yang bermakna kalis habuk, air dan tahan tekanan tinggi. Di samping itu Honor X9d dilengkapi bateri berasaskan karbon silikon berkapasiti 8300mAh yang menjadi antara bateri terbesar pernah digunakan dalam telefon pintar komersial.
Pun begitu, spesifikasi penuh peranti ini masih belum didedahkan dan hanya akan diumumkan secara rasmi pada hari pelancarannya kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.