Malaysia Oversight

Honor X9d 5G Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

By Amanz in September 8, 2025 – Reading time 1 minute
Honor X9d 5G Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi


Honor X9d 5G Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

September 8, 2025
Honor

Amy Maizuraa

Honor Malaysia mengesahkan bahawa model terbaharu Honor X9d akan memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat. Walaupun tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan, peranti ini dijangka menjadi pengganti kepada telefon tahan lasak dalam siri X yang popular sebelum ini.

HONOR X9d MY1

Dari segi rekaan, model baharu ini mengekalkan identiti reka bentuk siri X namun tampil lebih menonjol dengan pilihan warna baharu termasuk merah gelap. Bahagian belakang peranti menyerupai kemasan kulit palsu sama seperti yang digunakan pada model Honor X9b sebelum ini. Ia juga dilengkapi dengan bonggol kamera bulat yang dikelilingi oleh lingkaran keemasan serta badan peranti yang rata.

HONOR X9B 4
Honor X9b

Menariknya, Honor X9d pernah diperlihatkan secara tidak rasmi dalam filem tempatan Legasi: Bomba lakonan Ben Ali pada penghujung babak filem tersebut. Ini sekali gus menambah elemen promosi awal yang unik kepada peranti ini. Setakat ini, tiada maklumat rasmi mengenai spesifikasi dalaman peranti.

Namun begitu, berdasarkan rekod siri X sebelum ini Honor X9d berpotensi untuk hadir dengan paparan yang kukuh, kerangka lebih kuat serta bateri tahan lama yang sesuai untuk kegunaan harian yang aktif. Maklumat lanjut dijangka akan didedahkan dalam masa terdekat.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link