Malaysia Oversight

Honor X5c Dilancarkan – Cip MediaTek Helio G81 Dan Bateri 5260mAh

By Amanz in October 6, 2025 – Reading time 1 minute
Honor X5c Dilancarkan – Cip MediaTek Helio G81 Dan Bateri 5260mAh


Honor X5c Dilancarkan – Cip MediaTek Helio G81 Dan Bateri 5260mAh

October 6, 2025
Lain-lain

Amy Maizuraa

Honor X5c telah dilancarkan sebagai kemas kini kepada generasi sebelumnya dengan penambahbaikan dari segi saiz skrin, cip pemprosesan dan kapasiti bateri. Peranti ini direka untuk menawarkan prestasi harian yang lebih baik kepada pengguna dalam segmen permulaan.

Honor X5c Dilancarkan 1

Honor X5c hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.74 inci HD+ bernisbah aspek 20:9 bagi memberikan paparan yang luas untuk tontonan. Ia dipadankan dengan cip MediaTek Helio G81 bersama 4GB RAM dan storan dalaman 128GB sesuai untuk penggunaan asas dan aplikasi harian.

Peranti ini turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5260 mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 15W (bergantung kepada pasaran yang ditawarkan). Dari segi kamera, Honor X5c menampilkan kamera utama 13MP dan kamera swafoto 5MP sebagai pelengkap peranti ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link