Honor hari ini turut memperkenalkan Honor Watch Fit iaitu seutas jam tangan pintar asas yang direka untuk pemantauan kesihatan harian pengguna.

Ia hadir dengan saiz 44mm dan berat sekitar 27g tanpa tali. Ia dipadankan dengan skrin AMOLED 1.32″ yang menawarkan resolusi 466 × 466 piksel. Tubuh jam diperbuat daripada aloi aluminium yang kukuh manakala tali tersedia dalam pilihan kulit atau silikon bagi menyesuaikan gaya pengguna. Selain itu, ia turut dilengkapi satu butang fizikal yang memudahkan kawalan fungsi utama.

Jam tangan ini turut menawarkan pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan terbina termasuk pemantauan kadar degupan jantung, SpO2, pola tidur dan lain-lain. Selain itu, ia menyediakan lebih daripada 100 mod sukan untuk menyokong aktiviti kecergasan pengguna. Dari segi ketahanan, ia hadir dengan penarafan 5ATM dan IP68 sesuai digunakan untuk aktiviti berenang di air cetek, namun tidak digalakkan bagi aktiviti menyelam.

Ia juga menawarkan pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan terbina termasuk pemantauan kadar degupan jantung, SpO2, pola tidur dan lain-lain. tersapat juga lebih 100 mod sukan terbina. Dari segi ketahanan, ia mempunyai penarafan 5ATM dan IP68 sesuai untuk aktiviti berenang namun tidak disarankan untuk menyelam.

Jam tangan ini turut dilengkapi bateri yang mampu bertahan sehingga 23 hari.RM399 hingga RM449 seutas.





