Honor Tawar Diskaun Eksklusif Honor X9d 5G Untuk Anggota Bomba
Amy Maizuraa
Honor Malaysia telah menjalin kerjasama strategik istimewa dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai penghargaan atas pengorbanan dan komitmen anggota bomba dalam menjaga keselamatan serta kesejahteraan negara.

Melalui inisiatif ini, Honor menawarkan diskaun istimewa sebanyak 15% kepada anggota bomba bagi pembelian telefon pintar baharu Honor X9d 5G. Setiap pembelian turut disertakan dengan hadiah bernilai RM946 termasuk Honor Watch 2i sebagai nilai tambah.
Sebagai tanda sokongan terhadap semangat dan komitmen pasukan bomba, Honor juga menyumbangkan sebanyak 10 unit Honor X9d 5G kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Honor X9d 5G direka dengan ciri ketahanan tinggi yang menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam situasi mencabar yang sering dihadapi oleh anggota bomba.
Kerjasama ini turut membuka peluang kepada hubungan jangka panjang termasuk potensi untuk menjadikan Honor sebagai rakan teknologi rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Honor turut melihat potensi besar untuk meluaskan kerjasama ini yang bukan sahaja dari aspek sokongan peranti tetapi juga dalam usaha mendidik masyarakat serta membantu anggota bomba bersedia menghadapi era digital.
Teknologi kini diiktiraf sebagai elemen penting dalam memperkukuh perkhidmatan kepada orang ramai dan menyumbang secara langsung kepada pembangunan negara.

Kerjasama ini menjadi titik permulaan kepada pelbagai inisiatif masa hadapan yang dijangka boleh bantu memperkukuh peranan teknologi dalam menyokong tugas serta tanggungjawab Jabatan Bomba dengan lebih berkesan dan berdaya tahan.

Honor X9d 5G kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,499 (256GB) dan RM1,699 (512GB) bergantung kepada varian yang dipilih. Pratempahan peranti juga telah habis terjual melebihi jangkaan membuktikan sokongan pengguna yang luar biasa. Jika anda terlepas peluang tersebut nantikan jualan rasmi di kedai seluruh Malaysia bermula 10 Oktober 2025.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






