Malaysia Oversight

Honor Robot Phone Diperlihatkan Kepada Umum

By Amanz in November 20, 2025 – Reading time 1 minute
Honor Robot Phone Diperlihatkan Kepada Umum


Honor Robot Phone Diperlihatkan Kepada Umum

November 20, 2025
Honor

Amy Maizuraa

Masih ingat dengan Honor Robot Phone yang sebelum ini hanya dipersembahkan sebagai imej konsep ketika pelancaran rasmi siri Magic 8? Kini, Honor sekali lagi mencuri perhatian apabila buat pertama kali memperlihatkan secara fizikal telefon pintar konsep itu dalam acara Honor User Carnival di .

Honor Robot Phone hadir dengan rekaan berbeza daripada telefon konvensional kerana menampilkan kamera gimbal pada lengan robotik di bahagian belakang. Kamera ini boleh ditarik keluar dari ruang khas pada modul kamera, lalu membolehkan ia bergerak dan berinteraksi dengan objek yang dirakam. Selain itu, peranti ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan emas dengan kemasan sama ada kulit sintetik ataupun kaca bergantung pada warna yang dipilih.

Honor Robot Phone 3 1

Dari segi rekaan, keseluruhan Honor Robot Phone menggunakan bingkai aluminium yang kukuh bersama panel kaca di bawah modul kamera. Selain itu, peranti turut menampilkan elemen futuristik melalui integrasi pelbagai ciri berasaskan AI yang membolehkan kamera gimbal bukan sahaja bergerak malah berinteraksi secara langsung dengan persekitaran yang dirakam.

Honor Robot Phone 1

Buat masa ini, Honor masih belum mengesahkan sama ada Robot Phone akan dipasarkan secara komersial ataupun kekal sebagai prototaip konsep. Walau bagaimanapun, lebih banyak maklumat dijangka akan dikongsi menjelang pelancaran rasmi di MWC 2026 pada bulan Mac nanti.

GSMArena

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link