Honor Perlihatkan Konsep “Robot Phone” – Telefon Dengan Kamera AI Yang Boleh Perhati Persekitaran Dan Menjadi Teman
Aman
Honor sebelum ini sedia perlihatkan beberapa peranti konsep, dan terbaru ketika acara pelancaran Honor Magic8, pihak Honor turut mengambil peluang memperlihatkan peranti konsep yang dinamakan “Robot Phone”.
Telefon ini hadir dengan bahagian kamera belakang yang dihubungkan ke gimbal khusus, dan boleh perhati persekitaran pengguna. Mengikut video konsep yang dipertontonkan, ia turut dilihat boleh berinteraksi dengan persekitaran,mungkin melalui penggunaan integrasi kecerdasan buatan.

Kamera berkenaan juga turut boleh digunakan dalam merakamkan gambar pengguna dari pelbagai sudut, sekaligus menjadikan hasil rakaman lebih menarik lagi. Memandangkan pada masa kini semua membawa telefon ke mana-mana, Honor juga dilihat memposisikan penawaran ini sebagai teman kepada pengguna pada bila-bila masa, dalam pelbagai keadaan.


Honor mengacah akan perlihatkan telefon ini pada acara Mobile World Congress 2026 akan datang, yang biasanya sekitar Februari atau Mac. Sama-sama kita nantikan acara berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan “Robot Phone” ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






