Malaysia Oversight

Honor MagicBook Pro 14 Dilancarkan Pada Harga RM4999

By Amanz in May 22, 2025 – Reading time 1 minute
Honor MagicBook Pro 14 Dilancarkan Pada Harga RM4999


Honor

Honor MagicBook Pro 14 Dilancarkan Pada Harga RM4999

May 22, 2025

Effi Saharudin

Honor MagicBook Pro 14 dilancarkan di MWC 2025 pada Mac lalu. Hari Honor MagicBook Pro 14 akhirnya memasuki pasaran Malaysia dengan ia menjadi komputer riba mercu Honor yang bukan sahaja menyokong ekosistem Windows dan Android, ia juga boleh digunakan dengan peranti iOS.

MagicBook 14 Pro

Komputer riba ini dilengkapi dengan skrin 14″-inci” pada resolusi 3.1K, serta dikuasakan cip pemprosesan Intel Core Ultra 5, memori 32GB, storan pula sebesar 1TB SSD dan bateri 92Wh. Dengan skrin ini pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan multimedia termasuk permainan pada resolusi cantik dan lancar. Kesemua komponen ini dimasukkan ke dalam tubuh yang hanya seberat 1.37 kilogram.

Honor MagicBook Bateri

Honor mengatakan mereka turut mengintegrasikan sokongan AI dalam pelbagai pengoptimasian, membolehkan ia beroperasi lebih lama berbanding dengan MacBook Pro M4 yang terkini. Honor mengatakan model AI mereka mengenal-pasti senario penggunaan, dan seterusnya melakukan pengoptimasian pada sistem dan juga sumber perkakasan.

Honor MagicBook 14 PRO A

Honor MagicBook Pro 14 ini turut hadir dengan sokongan Honor Share yang memudahkan anda berkongsi fail dan dokumen, termasuk ke .

Di Malaysia Honor MagicBook Pro 14 dijual pada harga RM4999. Versi dengan Intel Ultra 9 nampaknya tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Komputer riba ini hanya akan mula dijual bermula 13 Jun 2025 dengan Honor menawarkan hadiah percuma bernilai RM508 dalam bentuk langganan Microsoft 365 selama setahun dan beg galas untuk komputer riba.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link