Honor Magic8 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 27 November 2025
November 19, 2025
Honor
Amy Maizuraa
Honor Malaysia akan melancarkan Honor Magic8 Pro pada 27 November 2025. Telefon ini dijangka membawa revolusi fotografi melalui gabungan perkakasan canggih dan integrasi AI. Ia hadir dengan 200MP Ultra Night Telephoto Camera yang dikatakan mampu memberikan kejelasan serta kestabilan cukup baik. Seterusnya menawarkan prestasi fotografi malam mengagumkan pada semua jarak fokus.

Walaupun spesifikasi penuh masih belum diumumkan, Honor mengesahkan setiap pembelian Honor Magic8 Pro akan disertakan dengan Insta360 Ace Pro secara percuma. Pelancaran rasmi ini turut akan disiarkan secara dalam talian melalui beberapa platform termasuk Facebook dan YouTube.

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






