Malaysia Oversight

HongLeong Bank Kini Menyokong Pembayaran Apple Pay

By Amanz in December 16, 2025 – Reading time 1 minute
HongLeong Bank Kini Menyokong Pembayaran Apple Pay


HongLeong Bank Kini Menyokong Pembayaran Pay

December 16, 2025
Kewangan

Amy Maizuraa

Apple Pay kini boleh digunakan oleh pengguna Hong Leong Bank sekali gus menyertai senarai beberapa bank lain sebelum ini seperti AmBank (kad kredit Mastercard dan Visa), HSBC, Maybank (kad kredit dan debit American Express, Mastercard serta Visa), RHB Bank Berhad (kad kredit dan debit Visa), Standard Chartered Bank (kad kredit Mastercard dan Visa) serta Wise Payments Malaysia Sdn. Bhd.

Hong Leong Apple Pay 01

Menurut laman rasmi Hong Leong, semua kad Visa yang dikeluarkan oleh Hong Leong Bank (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank (HLISB) boleh digunakan bersama Pay kecuali HLB GSC Credit Cards (Gold & Platinum) serta pemegang kad debit HLB yang berusia di bawah enam belas (16) tahun. Kemas kini mengenai ketersediaan HLB GSC Credit Card akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Untuk menggunakan Pay, pengguna perlu melakukan tetapan pada dengan langkah seperti buka aplikasi Apple Wallet > tekan butang tambah (+) > pilih sama ada Debit atau Credit Card. Seterusnya, ikuti arahan pada skrin untuk menambah kad baharu.

Selepas itu, log masuk ke akaun Hong Leong Bank > pilih kad yang diingini > aktifkan Apple Pay. Akhir sekali, ikuti arahan pada skrin sehingga selesai dan selepas itu Apple Pay sedia digunakan.

Facebook



Source link