Malaysia Oversight

Honda N-ONE e Dilancarkan – K-Car EV Untuk Kegunaan Dalam Bandar

By Amanz in September 12, 2025 – Reading time 1 minute
Honda N-ONE e Dilancarkan – K-Car EV Untuk Kegunaan Dalam Bandar


Honda N-ONE e Dilancarkan – K-Car EV Untuk Kegunaan Dalam Bandar

September 12, 2025
Automotif
Lain-lain

Effi Saharudin

Jika dilihat di jalan raya Malaysia, Kei Car atau lebih kerap dipanggil k-car ialah segmen kereta yang paling popular. Saiznya yang kompak membuatnya sesuai dengan infrastruktur jalan raya Malaysia. Kancil, Kelisa dan Kenari adalah contoh k-car Jepun yang dijual di Malaysia. Dengan kenderaan elektrik semakin mendapat perhatian ramai, Honda N-ONE e dilancarkan di Jepun semalam sebagai k-car EV.

Honda N ONE e D

Ia adalah berasaskan N-ONE versi petrol dengan ia kini dilengkapi tren kuasa EV yang dipadankan dengan bateri 29.6 kWk bagi memberikan jarak perjalanan sekitar 295km WLTP. Jarak perjalanan agak terhad tetapi N-ONE e dipasarkan sebagai kenderaan kegunaan dalam bandar yang tidak memerlukan bateri besar.

Honda N ONE e B

Dengan N-ONE e, Honda kini menawarkan dua kenderaan EV mini di pasaran Jepun. Kenderaan pertama ialah N-VAN e yang merupakan sebuah van elektrik. Di Jepun, Honda N-ONE e dijual pada harga ¥2.7 million (~RM 77,231) sebuah.

Honda N ONE e A

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link