Malaysia Oversight

Hollyland VenusLiv Air Diperkenalkan – Kamera 4K Kompak Untuk Penstriman Langsung

By Amanz in September 4, 2025 – Reading time 1 minute
Hollyland VenusLiv Air Diperkenalkan – Kamera 4K Kompak Untuk Penstriman Langsung


Hollyland VenusLiv Air Diperkenalkan – Kamera 4K Kompak Untuk Penstriman Langsung

September 4, 2025
Fotografi

Amy Maizuraa

Hollyland VenusLiv Air iaitu sebuah kamera baharu yang direka khusus untuk penstriman langsung. Ia tampil dengan reka bentuk kompak dan ringan dengan berat kira-kira 660 gram. Hal ini menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Kamera ini menggunakan sensor CMOS bersaiz 1/1.3-inci dengan resolusi 50MP untuk menghasilkan imej yang tajam. Ia dilengkapi dengan lensa tetap 4K, panjang fokus 25mm dan bukaan F1.05 yang sesuai untuk rakaman dalam pelbagai keadaan pencahayaan. Selain itu, kamera ini menyokong zum digital sehingga 4X dan menawarkan sudut pandang yang luas.

VenusAir 55

VenusAir menyokong rakaman video dalam format 4K dan FHD, serta penstriman langsung melalui RTMP. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai sambungan fizikal seperti port HDMI, dua port USB-C (untuk data dan audio), bicu audio 3.5mm, slot kad SD dan port rangkaian RJ45. Skrin sentuh bersaiz 3 inci turut disediakan bagi memudahkan pengguna mengawal dan memantau rakaman secara masa nyata.

VenusAir 4 edited

Dari segi audio, kamera ini menyokong input daripada mikrofon analog bicu 3.5mm serta mikrofon nirwayar melalui sambungan UAC. Ia juga dilengkapi dengan Wi-Fi dwi-jalur 2.4G dan 5G serta Bluetooth 5.0 bagi memastikan sambungan stabil. Ia turut direka untuk berfungsi dengan baik dalam julat suhu antara -10°C hingga 40°C.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link