Malaysia Oversight

Himpunan PAS bagi solidariti GSF, kecam PSB bermula

By MkiniBM in October 4, 2025 – Reading time 1 minute
Himpunan PAS bagi solidariti GSF, kecam PSB bermula


LANGSUNG | Ahli mengadakan demonstrasi di luar pusat beli belah Sogo hari ini atas dua sebab iaitu untuk menunjukkan solidariti dengan aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dan membantah Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Ini selepas kapal-kapal GSF telah dipintas oleh tentera laut Israel ketika dalam perjalanan ke Gaza dan menahan peserta misi kemanusiaan itu.

Sementara bagi isu PSB, Menteri Perumahan dan Tempatan Nga Kor Ming berkata rang undang-undang itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali kedua pada 6 Okt, meski ia mendapat bantahan meluas daripada pembangkang.

Malaysiakini melaporkan secara langsung himpunan itu.


2.00 petang, Sogo: Kira-kira 70 anggota unit Amal berbaris di hadapan Sogo.

Orang ramai yang berada berhampiran dilihat memakai pakaian pro-Palestin sebagai tanda sokongan.

Kehadiran polis setakat ini agak sedikit. Pintu masuk utama ke kompleks Sogo sudah disekat.


1.50 petang, Masjid Jamek – Kira-kira 100 perserta Himpunan Bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar (PSB) dan solidiriti Global Sumud Flotilla bergerak dari Masjid Jamek dengan berjalan kaki menuju ke Sogo.

Rata-rata mereka mengenakan pakaian hitam sebagai warna tema himpunan dan membawa bendera Palestin.



Source link