Malaysia Oversight

Helikopter Black Hawk Diubahsuai Menjadi Dron Kargo U-Hawk

By Amanz in October 14, 2025 – Reading time 1 minute
Helikopter Black Hawk Diubahsuai Menjadi Dron Kargo U-Hawk


Helikopter Black Hawk Diubahsuai Menjadi Dron Kargo U-Hawk

October 14, 2025
Aeronautik
Dron

Effi Saharudin

Helikopter Sikorsky Black Hawk dikenali ramai kerana insiden yang berlaku di Somalia 1993 yang menyebabkan seorang anggota MALBATT terkorban ketika cuba menyelamatkan krew yang terhempas. Baru-baru ini Black Hawk sekali lagi menjadi bualan ramai selepas kontrak menyewa helikopter ini oleh ATM dibatalkan oleh YDPA.

Sikorsky S 70UAS U Hawk dron kargo B

Ia mula digunakan tentera Amerika Syarikat sejak 1979 dan selepas lebih 45 tahun ia kini akhirnya ditawarkan dalam versi dron kargo yang tidak memerlukan krew manusia menerbangkannya. Sikorsky S-70UAS U-Hawk ialah varian terkini diperlihatkan semalam dengan ia boleh membawa kargo sehingga 4,080 kg dan terbang selama 14 jam secara berterusan.

Sikorsky S 70UAS U Hawk dron kargo A

U-Hawk dikawal menggunakan tablet oleh krew manusia secara jarak jauh. Bahagian muncung helikopter yang dahulunya menempatkan dua krew kini diubah menjadi pintu kargo jenis cangkerang yang dibuka ke tepi lengkap dengan tanjakan terbina. Ruangan kargo U-Hawk kini 25% lebih besar berbanding Black Hawk.

Sikorsky S 70UAS U Hawk dron kargo C

Selain boleh membawa kargo dalam bentuk keperluan di lapangan, ia turut boleh digunakan untuk melancarkan dron beroda UGV dan dron puluhan lebih kecil menerusi pintu sisi dengan U-Hawk beroperasi sebagai helikopter induk. Senjata seperti HIMARS dan roket juga boleh diletakkan pada pod sisi membolehkan ia beroperasi sebagai helikopter tempur jika diperlukan.

Sikorsky mengatakan S-70UAS U-Hawk boleh memulakan operasi seawal 2026. Pembangunan sistem dron dipertingkat di bawah pentadbiran selepas melihat keberkesanannya di mean perang Ukraine dan melihat kemajuan sistem dron yang jauh di hadapan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link