Malaysia Oversight

Hazwan Najib dilantik CEO ProtectHealth

By Utusan in October 17, 2025 – Reading time 2 minute
Hazwan Najib dilantik CEO ProtectHealth


PETALING JAYA: ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. melantik Wan Mohd Hazwan Wan Mohd Najib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu.

Menurut kenyataan, Hazwan Najib telah memainkan peranan penting dalam memacu usaha digitalisasi kesihatan serta kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan utama dalam sektor awam dan swasta. 

“Baru-baru ini, beliau turut bersama-sama menubuhkan salah satu platform kesihatan digital terbesar di Malaysia, di mana beliau mengetuai inisiatif strategik yang telah memperluas akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk berjuta-juta rakyat Malaysia dan pelanggan korporat. 

“Di bawah kepemimpinannya, platform tersebut bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam melaksanakan penyelesaian kesihatan digital di seluruh negara semasa pandemik Covid-19.

“Ia membolehkan perundingan maya dan akses penjagaan kesihatan kepada lebih lima juta rakyat,” katanya. 

Pelantikan itu menandakan langkah penting dalam memperkukuh peranan ProtectHealth sebagai penghubung utama antara sistem penjagaan kesihatan awam dan swasta, sejajar agenda kesihatan Malaysia ke arah pembiayaan kesihatan mampan dan akses penjagaan yang saksama.

Sementara itu, Hazwan Najib berkata, ProtectHealth berada di persimpangan antara akses penjagaan kesihatan, inovasi dan keadilan. 

“Saya komited memperkukuh peranan kami sebagai pemangkin utama dalam ekosistem penjagaan kesihatan awam-swasta di Malaysia.

“Ini bagi memastikan penjagaan kesihatan yang berkualiti dapat diakses dengan cekap dan bersedia untuk masa hadapan,” ujarnya. 

Pada peringkat awal kerjayanya di Accenture, beliau telah mengetuai pelbagai inisiatif transformasi dalam industri perkhidmatan kewangan, termasuk strategi perniagaan, transformasi digital dan penstrukturan organisasi di Malaysia, Indonesia dan Vietnam. 

Kepemimpinannya telah memainkan peranan penting dalam menyampaikan inovasi perkhidmatan, kecemerlangan digital serta impak operasi kepada organisasi terkemuka di rantau ini.

Hazwan Najib memiliki Ijazah Sarjana Sains (MSc) dalam Kepimpinan Penjagaan Kesihatan Global daripada University of Oxfordbdan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Aktuari & Kewangan (Cemerlang) daripada University of Illinois di Urbana-Champaign.-UTUSAN

 





Source link