Malaysia Oversight

Hayati Rukun Negara, hentikan amalan ‘Ali Baba’ pada warga asing

By MkiniBM in July 28, 2025 – Reading time 1 minute
Hayati Rukun Negara, hentikan amalan 'Ali Baba' pada warga asing


PARLIMEN | Menteri Perumahan dan Tempatan Nga Kor Ming hari ini menggesa peniaga kecil Malaysia menghayati prinsip Rukun Negara dan berhenti memajak lesen mereka kepada warga asing.

Bercakap di Dewan Rakyat, dia mendedahkan amalan itu berterusan walaupun pihak berkuasa tempatan telah mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati menjadi proksi warga asing.

Menurut Nga, antara 2023 dan bulan ini, pihak berkuasa tempatan di seluruh negara telah menjalankan 3,703 operasi terhadap premis perniagaan yang dikelola warga asing dan mengeluarkan lebih 14,800 kompaun.

Mereka juga telah membatalkan 23 lesen dan menyita 2,880 premis kerana melanggar peraturan, termasuk pemindahan tidak sah permit perniagaan mereka kepada warga asing.

“Barangan pun disita, lesen pun dibatalkan.

“Cuma kita perlukan warganegara ini haruslah menghayati betul-betul prinsip Rukun Negara supaya identiti warga negara kita tidak disalahgunakan.

“Bagaimanapun, seperti orang putih kata, ‘it takes two to tango’,

itu sebabnya, sebagai warganegara haruslah hargai sebarang jasa bakti dan dasar baik untuk merancakkan ekonomi tempatan.

“Bukannya untuk bg manfaat pada warga asing khususnya pendatang asing tanpa izin,” katanya pada sesi soal jawab di Parlimen pagi ini.

Menteri itu menjawab soalan Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu ).



Source link