Malaysia Oversight

Hayati prinsip awlawiyyat, kata menteri

By MkiniBM in January 4, 2026 – Reading time 1 minute
Hayati prinsip awlawiyyat, kata menteri


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menasihatkan umat supaya berpegang kepada prinsip awlawiyyat iaitu mengutamakan sesuatu yang lebih penting berdasarkan hukum syarak termasuk dalam persediaan menghadapi kematian.

Beliau berkata meskipun mengingati kematian merupakan perkara digalakkan dalam kehidupan seorang Muslim, namun fokus utama seharusnya diberikan kepada perkara benar-benar memberi manfaat selepas kematian iaitu amalan dan bekalan akhirat.

“Sebenarnya mengingati kematian itu perkara yang sangat penting namun kita perlu menginsafi bahawa apabila kita meninggalkan dunia yang ditinggalkan hanya anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah jariah. Itu yang perlu menjadi tumpuan.

“Sebagai pihak yang menguruskan hal ehwal agama, kita menyeru umat supaya memberi fokus kepada perkara lebih utama berbanding perkara bukan keutamaan atau awlawiyyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam malam tadi.

Zulkifli berkata turut bersetuju dengan pendirian Mufti Pulau Pinang Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman bahawa tindakan membelanjakan wang berlebihan untuk kain kafan mewah atau berjenama bukan sesuatu dianjurkan dalam .

Bagaimanapun beliau berkata isu itu tidak wajar dipanjangkan sebaliknya umat Islam perlu mengambil peluang untuk bermuhasabah diri dan menilai sejauh mana persiapan dilakukan sebagai bekalan menghadapi kematian.

Sebelum ini, sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang usahawan wanita berkongsi telah membuat tempahan set kain kafan didakwa mencecah hampir ribuan ringgit direka khas oleh pereka fesyen terkenal sebagai persediaan menghadapi kematian.

– Bernama



Source link