Malaysia Oversight

Hayat PAS akan jauh lebih lama berbanding Umno

By MkiniBM in January 14, 2026 – Reading time 1 minute
Hayat PAS akan jauh lebih lama berbanding Umno


yakin hayat politik parti mereka akan jauh lebih lama daripada .

Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari membuat penegasan itu sebagai respons kepada hasrat Presiden Ahmad Zahid Hamidi untuk melihat terbubar sendiri.

“Saya tidak mendoakan bubar — kerana Umno masih punya peranan dan juga kekuatannya yang tersendiri, ada sumbangan yang masih diperlukan daripada Umno.

“Tetapi jika dibandingkan dengan PAS, saya kira dan amat yakin hayat politik PAS jauh lebih lama daripada Umno, insya-Allah,” kata Fadhli dalam catatan Facebook.

Zahid dalam ucapan di acara berkaitan Umno semalam berkata PAS harus dibubarkan kerana Umno telah memasukkan klausa untuk menegakkan dalam perlembagaan partinya.

Menurut Bernama, timbalan perdana menteri menganggap kenyataan bekas ketua mursyidul am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat – bahawa parti itu akan dibubarkan jika Umno meletakkan sebagai asas perlembagaannya – sebagai wasiat terakhir.

“Apabila allahyarham Nik Aziz menyebut Umno jika satu ketika nanti meletakkan asas Islam dalam perlembagaannya, dalam Perlembagaan Umno, PAS akan dibubarkan.

“Saya anggap itu sebagai wasiat. Apabila saya mengambil alih kepimpinan Umno, perkara utama saya lakukan adalah meletakkan soal Islam dalam Perlembagaan Umno.

“Tapi PAS belum terbubar lagilah, saya harap akan terbubar dengar sendirinya,” kata Zahid.

Dalam catatan Facebook Fadhli, pemimpin PAS itu juga megkritik Umno yang menurutnya boleh menukar dasar pada bila-bila masa.

Justeru, kata Fadhli, adalah mustahak untuk PAS untuk terus kekal berdiri.



Source link