Malaysia Oversight

Hati Khinzir Berjaya Dipindahkan Ke Dalam Tubuh Manusia Yang Masih Hidup

By Amanz in October 13, 2025 – Reading time 2 minute
Hati Khinzir Berjaya Dipindahkan Ke Dalam Tubuh Manusia Yang Masih Hidup


Hati Khinzir Berjaya Dipindahkan Ke Dalam Tubuh Manusia Yang Masih Hidup

October 13, 2025
Sains

Effi Saharudin

Menurut data yang dikongsi oleh Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC), sehingga penghujung 2024 terdapat 10,297 individu dalam senarai mendapatkan organ yang didermakan. Isu kekurangan penderma organ di Malaysia menyebabkan senarai ini menjadi semakin panjang saban tahun. Antara penyelesaian yang sedang dilakukan dunia perubatan ialah menggunakan organ khinzir sebagai pengganti organ manusia.

Di , buat pertama kalinya hati khinzir berjaya dipindahkan ke dalam tubuh penerima manusia yang masih lagi hidup. Seorang lelaki berusia 71 tahun dengan sirosis berkaitan hepatitis B dan karsinoma hepatoselular menjadi penerima pertama. Beliau tidak layak menerima organ manusia kerana risiko yang tinggi. Prosedur dilakukan di Hospital Gabungan Pertama Universiti Perubatan Anhui.

Hari khinzir xenotransplan
Journal of Hepatology / Zhang et al.

Hati seekor khinzir kerdil Diannan yang menerima 10 suntingan gen dicantumkan kepada hati penerima. Pada awalnya cantuman berfungsi dengan kemampuan menghasilkan hempedu tanpa menunjukkan penolakan. Walau bagaimanapun, pada hari ke-38, hati khinzir ini telah dikeluarkan semula berikutan perkembangan mikroangiopati trombotik (xTMA) yang berkaitan dengan prosedur xenotransplan yang dilakukan.

Rawatan xTMA diberikan kepada pesakit tetapi beliau kemudiannya isu pendarahan gastrousus atas berulang kali dan meninggal dunia pada hari ke-171 selepas hati khinzir diterima. Eksperimen ini mengesahkan hati khinzir yang sudah menjalani suntingan genetik boleh dipindahkan ke tubuh manusia cuma bukan untuk tempoh yang kekal. Lebih banyak kajian perlu dilakukan sebelum ia benar-benar boleh menjadi organ gantian manusia di masa hadapan.

Sebelum ini juga di , hati khinzir telah dipindahkan ke dalam tubuh individu yang sudah kematian otak. Ia berfungsi selama 10 hari sebelum keluarga meminta eksperimen ditamatkan. Sementara itu pada tahun ini juga ginjal khinzir bertahan selama 130 hari sebelum dikeluarkan daripada tubuh Towana Looney di Amerika Syarikat disebabkan komplikasi yang timbul.

Kajian telah diterbitkan dalam Journal of Hepatology.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link