Malaysia Oversight

Hari Kebangsaan: Panglima TUDM terbangkan Su-30MKM

By MkiniBM in August 27, 2025 – Reading time 1 minute
Hari Kebangsaan: Panglima TUDM terbangkan Su-30MKM


Sambutan Hari Kebangsaan pada Ahad ini bakal melakar sejarah tersendiri apabila Panglima Tentera Udara Jeneral Muhamad Norazlan Aris akan memimpin sendiri segmen persembahan udara dengan menerbangkan pesawat pejuang Su-30MKM.

Perkongsian di laman Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini memaklumkan penglibatan Muhamad Norazlan dalam persembahan itu mencerminkan semangat kepimpinannya untuk berada di barisan hadapan sekali gus menjadi lambang kekuatan pasukan.

Menurut TUDM, sebanyak 30 aset udara bakal menggegarkan ruang udara pada tahun ini, terdiri daripada pesawat pejuang, pesawat pengangkut dan helikopter dari semua agensi.

“Pagi tadi, Panglima Tentera Udara bersama juruterbang dan anak kapal TUDM memulakan persiapan dan latihan penerbangan bagi menjayakan segmen persembahan udara sempena sambutan tahun ini di Dataran .

“Aset-aset udara yang turut terlibat adalah daripada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” kata hantaran itu.

2ec58d687c8a229923d72da0045e9dd8

TUDM turut memaklumkan selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan 2025 iaitu Malaysia Madani: Rakyat Disantuni, semangat tersebut diterjemahkan melalui deruman enjin, kibaran Jalur Gemilang serta keberanian yang menjulang di angkasa raya oleh Angkatan Tentera Malaysia serta agensi keselamatan serta pertahanan lain.

“Pengorbanan tidak bertepi, nyawa sebagai taruhan, itulah ikrar yang dipegang oleh kami dalam memastikan keamanan dan kemerdekaan negara terus dipertahankan.

Duty, Honour, Sacrifice,” katanya.

Hantaran itu juga menyeru rakyat Malaysia untuk turut memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran pada 31 Ogos ini dan merakamkan detik bersejarah bersama keluarga.

0fa6d983f8c00eff51f918b04dc696a2

Bernama



Source link