Malaysia Oversight

Hargai perjuangan, pengorbanan tokoh lama

By Utusan in September 17, 2025 – Reading time 2 minute
Hargai perjuangan, pengorbanan tokoh lama


BUTTERWORTH : Rakyat Malaysia diseru agar mengingati perjuangan serta pengorbanan tokoh terdahulu yang meletakkan asas kemerdekaan dan pembentukan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ibrahim menegaskan, sejarah perjuangan tidak wajar dipandang ringan kerana keberanian dan keikhlasan generasi lalu memungkinkan Malaysia bebas daripada cengkaman penjajah.

“Perlu kita faham mengapa pimpinan pemikir leluhur bangsa merasakan lemas dan menolak keberadaan penguasa asing yang meragut kekayaan negara, memastikan sistem pemikiran dan jiwa rakyat dijajah.

“Negara inginkan kebebasan, kemerdekaan, menolak sistem penguasaan, penderaan dan penghinaan asing daripada kuasa politik kepada ekonomi, budaya, pendidikan dan sistem sosial semuanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen PICCA @ Butterworth Arena, di sini, malam ini.

Menurut , kekayaan negara pernah ‘dipunggah’ oleh penjajah hingga membawa kepada keruntuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka sebelum ini.

Beliau menegaskan, perpaduan berbilang kaum dan agama kini menjadi tunjang utama kekuatan negara.

“Kekuatan negara kita bukan sahaja bergantung pada dasar ekonomi atau pembangunan semata-mata. Hakikatnya, kekuatan Malaysia terletak pada perpaduan rakyatnya yang berbilang kaum, agama dan budaya.

“Kalau kita gagal memelihara perpaduan ini, apa jua dasar yang dilaksanakan tidak akan memberi makna. Sebab itu saya sering tekankan, kepelbagaian kita bukan kelemahan, tetapi kekuatan,” katanya.-UTUSAN





Source link