Malaysia Oversight

‘Hargai pengorbanan Shahrul, jangan biar api reformasi padam’

By MkiniBM in April 30, 2025 – Reading time 2 minute
'Hargai pengorbanan Shahrul, jangan biar api reformasi padam'


Pemergian bekas pemangku pengerusi Bersih Allahyarham Shahrul Aman Saari adalah peringatan tentang keberanian dan pengorbanan rakyat Malaysia yang tidak terkira banyaknya – dipukul dan dipenjarakan tetapi tidak berputus asa dalam mengejar impian sebuah negara yang lebih bebas dan adil.

Merenung perkara itu, Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan mengemukakan soalan yang menarik perhatian: Adakah tangan yang pernah menyalakan api perubahan kini memadamkannya?

“Sharul kehilangan pekerjaannya hanya 24 jam selepas menyertai Bersih. Harapannya untuk Malaysia yang lebih baik menyebabkan dia mengetepikan semua pertimbangan lain. Dia seorang patriot sejati.

“Tetapi saya sedih untuk tertanya-tanya – adakah pengorbanannya sia-sia?” katanya kepada Malaysiakini.

Arutchelvan juga memetik laporan Amnesty International mengenai keadaan hak asasi manusia di Malaysia, yang menekankan autoritarianisme yang semakin mendalam dan penindasan yang semakin meningkat.

“Ironinya, bahawa penemuan ini telah muncul di bawah kepimpinan perdana menteri dan gabungan politik yang pernah berjanji sebaliknya,” katanya.

89e16946ddb3f406788f3cbf43a54387

Namun, Arutchelvan menggesa rakyat Malaysia supaya tidak putus harapan, mengingatkan mereka bahawa perubahan jarang berlaku secara mudah.

Dia seterusnya menegaskan bahawa reformasi bukan milik Ibrahim atau Pakatan Harapan (PH) semata-mata, tetapi semua rakyat Malaysia yang, seperti Shahrul, mengimpikan sebuah negara yang lebih baik.

mungkin telah mencetuskan apinya, tetapi rakyat Malaysia biasa seperti Shahrul yang mengekalkannya sepanjang perjuangan, pengorbanan dan harapan selama bertahun-tahun,” kata Arutchelvan, memberi penghormatan kepada aktivis akar umbi dan rakyat yang menjunjung semangat reformasi walaupun dalam masa paling gelap.

“Api itu adalah milik kita semua – dan menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan ia tidak pernah padam. Perjuangan diteruskan,” tambahnya.

Sharul, 50, yang meninggal dunia di Institut Kanser Negara semalam telah mengetuai perhimpunan Bersih 5 pada 2016 selepas pengerusi Bersih ketika itu, Maria Chin Abdullah dan setiausaha sekretariat gerakan itu, Mandeep Singh ditahan.

Dia menjadi pemangku pengerusi Bersih semasa tahanan Maria di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Minggu lalu, anak perempuan , , seorang tokoh penting dalam gerakan reformasi, menegaskan agenda reformasi belum mati.

Naib presiden itu mengakui perjuangan melaksanakan reformasi yang dijanjikan itu mendapat kritikan dan cemuhan segelintir pihak.

Mengakui reformasi mengambil masa untuk direalisasikan, berkata adalah penting untuk semua pihak terus berusaha supaya perjuangan itu tidak padam.



Source link