Harga Langganan PC Game Pass Meningkat Ke RM25 Sebulan
Effi Saharudin
Harga langganan PC Game Pass kini meningkat ke RM25 sebulan yang merupakan peningkatan RM5 berbanding harga sebelum ini. Dalam masa dua tahun sahaja, harga langganan meningkat daripada RM15 ke RM25 selari dengan perniagaan Xbox yang dilaporkan menjadi kurang menguntungkan kepada Microsoft.

Ia hadir selepas harga dinaikkan setahun lalu dan beberapa minggu selepas harga jualan konsol Xbox Series X dan Series S dinaikkan di Amerika Syarikat disebabkan Tarif Trump. Pelanggan PC Game Pass di Malaysia masih akan menerima permainan Xbox Game Studios pada hari pelancaran serta akses kepada pustaka permainan video yang mengandungi ratusan permainan yang boleh diakses bila-bila masa sahaja.
Turut dinaikkan harga ialah langganan Xbox Game Pass tetapi kerana Xbox tidak dilancarkan secara rasmi di Malaysia, ia tidak begitu mendatangkan impak berbanding pengguna PC tempatan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






