Malaysia Oversight

Harga diesel Semenanjung turun 5 sen kepada RM2.85 seliter mulai esok

By TheSun in August 20, 2025 – Reading time 1 minute
Harga diesel Semenanjung turun 5 sen kepada RM2.85 seliter mulai esok


KUALA LUMPUR: Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia mengalami penurunan lima sen kepada RM2.85 seliter bermula esok sehingga 27 Ogos.

Kementerian Kewangan mengesahkan perubahan harga ini selaras dengan turun naik harga pasaran minyak global.

Harga runcit bagi RON97 dan RON95 masing-masing dikekalkan pada RM3.13 seliter dan RM2.05 seliter tanpa sebarang perubahan.

Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal tidak berubah pada paras RM2.15 seliter.

akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut MOF.

Penetapan harga runcit produk petroleum ini dilaksanakan secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik. – Bernama



Source link