Malaysia Oversight

Harapan pasukan petanque Perlis sertai Sukma Selangor 2026 kembali bernyala

By Utusan in August 9, 2025 – Reading time 2 minute
Harapan pasukan petanque Perlis sertai Sukma Selangor 2026 kembali bernyala


ARAU: Harapan pasukan petanque Perlis yang menjadi prospek pingat emas untuk negeri ini menyertai Sukan Malaysia (Sukma) 2026 yang sebelum hampir terkubur kembali bernyala apabila sukan tersebut bakal dipertimbangkan sebagai salah satu acara yang akan dimasukkan di dalam temasya berkenaan.

Atas semangat kebersamaan dan demi memacu pembangunan sukan negara, telah bersetuju mencadangkan sukan tambahan iaitu petanque, muay thai dan silambam untuk dipertandingkan di dalam Sukma 2026.

Perkembangan gembira tersebut dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri () Tambun Tulang yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Wan Zikri Afhtar Ishak dalam status Facebooknya di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau telah menghubungi Exco Belia dan Sukan , Mohd. Najwan Halimi bagi memohon agar sukan petanque dipertimbangkan dimasukkan dalam acara Sukma 2026.

“Alhamdulillah, setelah saya mendapat khabar bahawa sukan petanque telah diputuskan untuk tidak dipertandingkan pada temasya Sukma Selangor pada tahun hadapan, Saya telah menghubungi sahabat saya, saudara YB Najwan Halimi selaku Exco Belia dan Sukan Selangor memohon agar dapat dipertimbangkan.

“Hari ini, Alhamdulillah ada berita gembira buat atlet-atlet sukan petanque Perlis yang kini peluang untuk mereka masih lagi terbuka dan dengan hati yang rendah saya memohon agar sukan petanque ini dimasukkan.

“Dengan perkembangan tersebut, saya yakin masih ada sinar buat atlet-atlet petanque kesayangan negeri kita. Saya telah melihat deraian air mata anak-anak petanque Perlis yang kalah sebelum ini terus berusaha dan berlatih sejurus selepas Sukma Sarawak.

“Saya berdoa dari kejauhan agar usaha adik-adik ini dapat ditunjukkan dengan kehebatan kalian pada Sukma Selangor tahun hadapan,” katanya dalam status Facebooknya hari ini.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis baru-baru ini, Wan Zikri (PN-Tambun Tulang) mempersoal Pengerusi Jawatankuasa Sukan negeri, Mohd. Ridzuan Hashim sama ada sudah mengadakan perbincangan dengan Exco Sukan Selangor bagi meminta pertimbangan agar acara berkenaan dimasukkan.

Wan Zikri berkata, beliau difahamkan sukan petanque yang menjadi salah satu prospek emas Perlis tidak disenaraikan di dalam Sukma 2026 yang akan berlangsung di Selangor.

Katanya, sukan petanque antara sukan berpontensi sejak sekian lama dan pasukan tersebut juga sudah lama berlatih dengan harapan untuk menyertai Sukma 2026.

Soal Wan Zikri ketika mengemukan soalan tambahan tersebut, adakah Exco Sukan negeri sudah mengadakan perbincangan dengan Exco Selangor berkaitan perkara itu.

Dalam pada itu, Mohd. Najwan ketika meninggalkan komen dalam status tersebut mengucapkan terima kasih kepada Wan Zikri yang sentiasa berhubung dan berbincang dengan beliau dalam isu-isu terkait pembangunan belia dan sukan membabitkan negeri Perlis.

“Insya-Allah, kita sama-sama ikhtiarkan yang terbaik untuk atlet-atlet kita,” katanya.





Source link

Anwar selar pembangkang tidak faham kandungan ART 2025

Anwar selar pembangkang tidak faham kandungan ART 2025

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap pembangkang yang lantang mengkritik Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART 2025) dengan Amerika Syarikat…
12,000 pesakit hidap penyakit jarang jumpa di Malaysia

12,000 pesakit hidap penyakit jarang jumpa di Malaysia

PUTRAJAYA: Malaysia dianggarkan mempunyai sekitar 12,000 pesakit penyakit jarang jumpa setakat tahun ini. Ia berdasarkan data daripada dua pusat rujukan…
Sabalenka mara ke separuh akhir WTA Final

Sabalenka mara ke separuh akhir WTA Final

RIYADH: Pemain No.1 dunia, Aryna Sabalenka menebus kekecewaan di final Terbuka Perancis apabila menewaskan bintang muda Amerika Syarikat (AS), Coco…
Alex keluar dari bayang-bayang Marc 

Alex Marquez sedia ambil risiko di GP Portugal

PORTIMAO: Alex Marquez mengakui boleh dia kini boleh berlumba dengan bebas dan berani mengambil risiko pada Grand Prix (GP) Portugal…
affiliate

Mana satu boleh bantu anda capai kejayaan lebih besar?

DALAM dunia dagangan moden, program affiliate semakin menjadi pilihan ramai kerana ia membuka peluang menjana pendapatan melalui rujukan klien baharu. Di Malaysia, semakin ramai individu dan agensi pemasaran digital menjadikan program ini sebagai sumber pendapatan tambahan yang konsisten.  Namun, dengan begitu banyak platform affiliate di pasaran, timbul persoalan — platform manakah yang benar-benar boleh membantu anda mencapai kejayaan jangka panjang?  Jom terokai perbandingan lima platform affiliate dagangan yang paling banyak dibincangkan oleh para affiliate profesional — XM, Octa, JustMarkets, HFM, dan MTrading.   Ringkasan Perbandingan Platform Affiliate Dagangan   1. XM XM Partners sering dianggap sebagai antara program affiliate paling kukuh…