Malaysia Oversight

Haramkan Roblox – Amanah Johor

By MkiniBM in October 31, 2025 – Reading time 2 minute
Haramkan Roblox - Amanah Johor


Amanah Johor menyeru mempertimbangkan langkah untuk mengharamkan permainan dalam talian Roblox di kalangan kanak-kanak.

Gesaan itu dibuat setelah polis tidak menolak kemungkinan kanak-kanak sembilan tahun mengelar dan menikam adiknya yang berusia enam tahun akibat pengaruh permainan Roblox, di Johor.

Setiausaha Amanah Johor Mohd Idris Mohd Jiat berkata masyarakat bimbang terhadap kandungan dan interaksi dalam platform permainan itu yang didakwanya semakin tidak terkawal serta berpotensi membawa kepada kerosakan akhlak dan perkembangan sosial anak-anak.

“Amanah Johor berpandangan bahawa Madani perlu bertindak tegas dan berani dalam menangani sebarang bentuk hiburan digital atau permainan dalam talian yang mempunyai unsur negatif seperti keganasan, penyamaran identiti, kandungan lucah, atau eksploitasi kanak-kanak.

juga perlu memastikan dasar perlindungan digital terhadap kanak-kanak dilaksanakan dengan serius, termasuk memperkenalkan garis panduan dan sekatan umur yang jelas terhadap sebarang bentuk permainan atau platform interaktif yang boleh diakses secara terbuka,” katanya.

2450df852169618548e8641507c4f790
Mohd Idris Mohd Jiat

Selain itu, Amanah Johor turut mendesak agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempertingkat pemantauan terhadap aktiviti jenayah siber melibatkan kanak-kanak dan remaja di ruang maya.

“Kanak-kanak merupakan aset masa depan negara. Maka, setiap bentuk hiburan atau platform digital yang boleh menggugat akhlak, keselamatan dan perkembangan mental mereka perlu disemak serta dikawal dengan tegas dan berkesan,” katanya.

Mohd Idris berkata, tanggungjawab membentuk generasi berakhlak dan beradab bukan hanya terletak di bahu ibu bapa tetapi juga kerajaan, agensi penguatkuasa, dan penyedia platform digital.

Malaysiakini telah menghubungi pejabat media Roblox dan masih menunggu maklum balas mereka.

Kelmarin, Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata siasatan awal mendapati suspek menyerang adiknya kerana merosakkan telefon bimbit, menyebabkan dia hilang kira-kira sejuta mata permainan.

Katanya, suspek dipercayai mengalami halusinasi pada waktu malam akibat pengaruh permainan itu dan seolah-olah diarahkan untuk mencederakan ahli keluarga, sebelum menyerang adik menggunakan pisau yang terdapat di dalam rumah.



Source link