Malaysia Oversight

Hanya 27 peratus dari kuota ditebang di Kelantan

By MkiniBM in November 10, 2025 – Reading time 1 minute
Hanya 27 peratus dari kuota ditebang di Kelantan


DUN | hanya menebang 14,195 hektar atau 27.2 peratus kayu balak daripada 19,500 hektar kuota pembalakan melalui catuan tebangan tahunan (CTT) yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara antara 2021 hingga 2025.

Timbalan Menteri Besar Mohamed Fadzli Hassan berkata pembukaan kawasan pembalakan hutan berkurang setiap tahun apabila kuota yang diberikan masih banyak tidak digunakan.

“Bermula 2021 hingga 2025, kita () dapat kuota yang telah diluluskan oleh untuk tebang kayu balak ini sebanyak 3,900 hektar setahun.

“Jadi pada 2021, kita hanya tebang 1,277 hektar; 2022 pula kita tebang 1,702 hektar; 2023 sebanyak 740 hektar; 2024 sebanyak 846 hektar; dan 2025 sebanyak 740 hektar.

“Keseluruhan kuota dalam masa lima tahun ini ialah sebanyak 19,500 hektar tetapi kita hanya tebang kayu balak sebanyak 5,305 hektar dan berbaki keseluruhannya sebanyak 14,195 hektar atau 27.2 peratus sahaja,” katanya.

Dia berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Belanjawan Kelantan 2026 pada persidangan dewan undangan negeri di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Mohamed Fadzli berkata kutipan hasil sebenar kayu balak pada 2024 berjumlah RM907.88 juta atau 93.86 peratus dan menjangkakan prestasi kutipan yang sama bagi tahun ini.

Sementara itu, dia berkata negeri membenarkan rakyat Kelantan menjalankan aktiviti pelombongan emas secara mendulang di kawasan tertentu.

“Aktiviti ini dibenarkan dilakukan di tanah milik kerajaan dengan lesen bersyarat yang akan dikeluarkan.

“Lesen berkenaan akan dikeluarkan bagi tujuan merekod dan memantau aktiviti pelombongan, selain memastikan aspek keselamatan serta pemeliharaan alam sekitar terjamin,” katanya.

Menurut Mohamed Fadzli, sehingga kini kerajaan negeri mempunyai simpanan jongkong emas bernilai mencecah kira-kira RM51 juta mengikut harga nilaian semasa.

Bernama



Source link