Malaysia Oversight

Hamzah soal mana datang RM430 bilion, kongsi kisah ‘Yusuf’

By MkiniBM in August 5, 2025 – Reading time 3 minute
Hamzah soal mana datang RM430 bilion, kongsi kisah 'Yusuf'


PARLIMEN | Perikatan Nasional (PN) menggesa menjelaskan rancangan untuk membiayai RM430 bilion yang diperuntukkan untuk pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), tanpa menambah hutang awam atau membebankan rakyat.

Bercakap di Dewan Rakyat, ketua pembangkang Hamzah Zainudin (PN-Larut) menimbulkan kebimbangan mengenai kapasiti fiskal , mengingatkan bahawa rancangan bercita-cita tinggi tanpa strategi pembiayaan yang jelas berisiko menjadi angan-angan kosong.

“Tambun (Perdana Menteri Ibrahim) mengumumkan jumlah perbelanjaan keseluruhan RMK13 adalah sebanyak RM611 billion bagi tempoh lima tahun pelaksanaan.

“Sebenarnya daripada jumlah keseluruhan tersebut, perbelanjaan daripada poket adalah RM430 billion sahaja. Tambahan hanya RM30 bilion daripada RMK12. Tak banyak beza dan RM248.5 bilion bagi RMK11. Bermakna tak banyak bezanya.

“Manakala peruntukan selebihnya RM120 bilion yang diumumkan adalah daripada GLC dan GLIC dan RM61 bilion daripada model perkongsian awam dan swasta ataupun PPP,” katanya.

Hamzah turut berkongsi analogi seorang lelaki bernama “Yusuf” yang bermimpi membina banglo mewah di “Bukit Gasing” tetapi tidak mempunyai sumber kewangan dan rancangan yang jelas untuk mencapainya.

17bc25fe99b979553e80315a804e6bf8

Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) kemudiannya berdiri untuk mencelah, bertanya, “Yusuf yang mana? Yusoff Rawther ke Yusus mana?”, dan Hamzah menjawab secara berseloroh, “Dia (Rosol) jahat, saya tak cakap pun siapa-siapa, saya hanya sebut Yusuf.”

“Yusuf begitu teruja, reka bentuk, warna, keindahan yang arkitek tunjukkan, begitu teruja. Perabotnya, dia membayangkan dengan begitu mewah sekali.

“Tahun berganti tahun, menjadi angan-angan, banglo idaman itu masih tidak dapat dibina, kerana Yusuf tidak mempunyai wang yang mencukupi. Impiannya tak salah, mempunyai impian yang besar tidak salah tapi duit tidak jatuh dari langit

“Yusuf tidak mempunyai perancangan yang jelas bagaimana untuk memperoleh dana yang mencukupi,” katanya.

“PN berharap RMK13 tidak begitu,” tambahnya.

Kenyataan Hamzah itu dibuat semasa pembangkang mendesak ketelusan dan akauntabiliti dalam pelaksanaan RMK13.

Dia terus mendesak kerajaan untuk menjawab “soalan besar” – dari mana sebenarnya RM430 bilion itu akan diperoleh?

“Adakah kerajaan menambah hutang, atau hutang baru, atau yang dilaung-laungkan hutang baru akan diturunkan. Lagi hutang baru dikurangkan, bagaimana mencukupi untuk membiayai RMK13 ini?

“Adakah tanggungan fiskal kerajaan ini akan ditanggung bersama oleh rakyat? Yang ini yang kita risau. Yang ini ahli-ahli parlimen PN amat risau. Saya tak tahulah yang sebelah sana sama ada datangnya daripada PH, , dan sebagainya.

“Saya tak tahu sebab saya takut ia ditanggung bersama rakyat melalui pertama, perluasan skop dan kadar cukai SST. Atau kedua, pengenalan cukai-cukai baru. Ketiga, penarikan subsidi atas nama rasionalisasi. Persoalan ini perlu dijwab, kerana kerajaan dijangka berdepan cabaran fiskal yg lebih getir, dengan ruang perbelanjaan negara semakin sempi,” katanya.

Jelas Hamzah, pada masa yang sama, dunia dihambat ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global, dengan harga minyak mentah sebagai antara hasil utama sumber negara diunjurkan menurun secara ketara kepada paras purata ASD93.90 setong bagi tempoh RMK13.

“Adakah ia akan dibiayai melalui peningkatan pinjaman atau hutang baharu, walaupun kerajaan mendakwa ia mahu mengurangkan tahap hutang? Jika hutang mahu diturunkan, bagaimanakah dana mencukupi untuk RMK13?” tanya Hamzah.

Beliau juga membangkitkan kemungkinan bahawa rakyat boleh memikul beban melalui cukai yang lebih tinggi atau pemotongan subsidi.

“Inilah yang dibimbangkan oleh ahli parlimen PN. Adakah rakyat perlu menanggung kos melalui SST yang diperluaskan, cukai baharu atau pengeluaran subsidi dengan berselindung dalam bentuk ‘rasionalisasi’?” katanya.

Hamzah mengingatkan bahawa kerajaan menghadapi ruang fiskal yang lebih ketat di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi yang semakin meningkat, termasuk unjuran penurunan dalam hasil minyak negara — kepada purata AS$93.90 setong dalam tempoh RMK13.



Source link