ISTANBUL: Pertubuhan pejuang Palestin, Hamas menyambut baik keputusan mahkamah Turki mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, serta 36 pegawai kanan Israel lain bagi tuduhan genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza. Waran tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendakwa Raya Istanbul, yang menyasarkan beberapa pegawai tertinggi Israel termasuk Menteri Pertahanan Israel Katz, Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben-Gvir, Ketua Angkatan Tentera Eyal Zamir dan Komander Tentera Laut Israel, David…






