Malaysia Oversight

Hamas dakwa Israel bunuh 70 lagi rakyat Palestin

By MkiniBM in October 5, 2025 – Reading time 2 minute
Hamas dakwa Israel bunuh 70 lagi rakyat Palestin


Serangan udara dan bedilan Israel telah membunuh 70 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza pada Sabtu, termasuk wanita dan kanak-kanak, walaupun Israel mendakwa telah mengurangkan operasi ketenteraan terhadap orang awam, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Peningkatan pertumpahan darah yang berterusan ini mendedahkan pembohongan dakwaan penjenayah perang Netanyahu berhubung pengurangan operasi ketenteraan terhadap orang awam yang tidak berdaya,” kata Hamas dalam satu kenyataan.

Ia menggesa masyarakat antarabangsa, negara-negara Arab dan , untuk memikul “tanggungjawab” undang-undang dan kemanusiaan mereka dengan melindungi rakyat Palestin, menyediakan bantuan dan menggiatkan tekanan untuk menamatkan “perang pembasmian” dan kebuluran selama dua tahun di Gaza.

Kenyataan daripada Pejabat Media Gaza menyebut bahawa tentera Israel telah melakukan 93 serangan udara, membunuh 70 orang, termasuk 47 di Bandar Gaza.

Peristiwa itu berlaku selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald pada Jumaat menggesa Israel untuk “menghentikan pengeboman Gaza serta-merta” selepas Hamas mengumumkan kesediaannya untuk membebaskan tawanan Israel di bawah cadangan gencatan senjata beliau, sambil mengatakan beliau percaya pergerakan itu “bersedia untuk keamanan yang berkekalan.”

Mesir mengumumkan pada Sabtu bahawa ia akan menjadi tuan rumah kepada delegasi Israel dan Hamas pada Isnin untuk membincangkan butiran pertukaran tahanan sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menamatkan perang di Gaza.

telah mendedahkan rancangan 20 perkara beliau pada 29 Sept, termasuk pembebasan tawanan Israel dalam tempoh 72 jam selepas kelulusan Israel, gencatan senjata dan pelucutan senjata Hamas.

Tel Aviv menganggarkan bahawa 48 tawanan Israel kekal di Gaza, termasuk 20 yang masih hidup. Israel, sementara itu, menahan sekitar 11,100 tawanan Palestin, yang kebanyakannya menghadapi penyeksaan, kebuluran, dan pengabaian perubatan, menurut kumpulan hak asasi manusia Palestin dan Israel.

Sejak Oktober 2023, pengeboman Israel telah membunuh lebih daripada 67,000 rakyat Palestin di Gaza, dan kebanyakan infrastruktur telah menjadi runtuhan.

Bernama-Anadolu



Source link