Malaysia Oversight

Halal jadi tiket Kintry menembusi pasaran

By Utusan in September 22, 2025 – Reading time 2 minute
Halal jadi tiket Kintry menembusi pasaran


SHAH ALAM: Pensijilan halal bukan sekadar memenuhi keperluan pengguna , malah menjadi kunci utama kejayaan syarikat makanan ringan tempatan, Kintry Sdn. Bhd. (Kintry) dalam menembusi pasaran antarabangsa.

Ketua Pegawai Operasinya, Andy Wong berkata, usaha mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Malaysia (Jakim) pada 2019 menjadi titik perubahan besar kepada syarikat itu.

Katanya, pensijilan halal memberi tiga kelebihan utama iaitu meningkatkan keyakinan pengguna, menyediakan panduan operasi dalaman yang sistematik serta memastikan pematuhan piawaian keselamatan makanan yang menjadi aspek penting untuk tujuan eksport.

“Kami percaya halal adalah tiket untuk menembusi pasaran global. Kini produk Kintry berada di Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand dan Korea. Seterusnya, kami menyasarkan pasaran ke Asia Barat,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Beliau mengakui ramai berangggapan proses mendapatkan sijil halal rumit kerana syarikat itu dikendalikan oleh orang bukan , namun beliau memilih untuk memohon sendiri tanpa menggunakan ejen luar.

“Dengan hanya RM800, pegawai Jakim datang tunjuk cara betulkan proses. Mereka bukan mahu gagalkan, tetapi mahu membantu,” jelasnya.

Kintry yang diasaskan oleh Michelle Chai pada 2018 kini mempunyai 35 kakitangan tetap serta menghasilkan pelbagai makanan ringan seperti granola dan kerepek kentang.

Setakat ini, Kintry menawarkan tujuh produk di pasaran tempatan dan merancang melancarkan lapan lagi produk baharu menjelang hujung tahun. 

Produk syarikat itu juga sudah memasuki rangkaian pasar raya utama termasuk Aeon, Village Grocer, Cold Storage dan Mercato.

Dengan pensijilan halal, Kintry yakin mampu memperkukuh kedudukannya bukan sahaja di Malaysia, malah di pentas dunia.

Selain itu, beliau berkata, kilang pertama Kintry terletak di Cheras, manakala kilang kedua di Subang 2 kini dalam proses ubah suai.

“Kilang baharu kami ini lebih besar supaya semua operasi seperti produksi, pengurusan dan logistik dapat disatukan di satu tempat,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau menasihati usahawan lain supaya tidak bimbang memohon pensijilan halal kerana prosesnya mudah sekiranya melalui saluran betul.

“Langkah pertama paling penting. Jangan terpengaruh dengan maklumat luar yang tidak tepat. Pergi terus ke Jakim atau Jabatan Agama Islam (Jais). Prosesnya sebenarnya tidak susah,” katanya. – UTUSAN





Source link