Malaysia Oversight

Hajiji jumpa wakil rakyat kerajaan petang ini

By MkiniBM in October 6, 2025 – Reading time 1 minute
Hajiji jumpa wakil rakyat kerajaan petang ini


Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor akan mengadakan perjumpaan dengan wakil rakyat di Menara Kinabalu di Kota Kinabalu, pada 2 petang ini.

Perkara berkenaan disahkan Jabatan Ketua Menteri Sabah menerusi jemputan liputan media dikeluarkan hari ini.

“Perjumpaan diadakan di Dewan Bankuasi, Aras 3, Menara Kinabalu,” menurut jemputan liputan media itu.

Terdahulu, kenderaan yang membawa ketua menteri dilihat memasuki Istana Seri Kinabalu pada 8.51 pagi, diikuti kenderaan membawa yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Amas pada 9.20 pagi.

Kenderaan Hajiji kemudiannya dilihat meninggalkan Istana Kinabalu kira-kira 10.20 pagi.

Petugas media turut berkumpul seawal 8 pagi di hadapan istana bagi membuat liputan, manakala di Menara Kinabalu kumpulan media mula berada di lokasi seawal 9 pagi bagi membuat persiapan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

– Bernama



Source link