Malaysia Oversight

Hajiji bubar DUN sebab elak pertikaian tarikh tamat penggal

By MkiniBM in October 6, 2025 – Reading time 1 minute
Hajiji bubar DUN sebab elak pertikaian tarikh tamat penggal


Bekas ketua menteri Sabah, Yong Teck Lee percaya pembubaran mengejut Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berpunca daripada kebimbangan terhadap kemungkinan timbulnya pertikaian perlembagaan mengenai tarikh sebenar tamat penggal DUN.

Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) itu berkata tindakan Ketua Menteri Hajiji Noor kelihatan bertujuan mengelak sebarang kekeliruan mengenai tempoh lima tahun penggal semasa, yang menurutnya hanya akan berakhir pada 11 November.

“Pembubaran tergesa-gesa DUN Sabah hari ini nampaknya disebabkan oleh kekeliruan tentang bila penggal DUN akan tamat secara automatik,” kata Yong dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu.

Dia merujuk kepada Perkara 21(3) Perlembagaan Negeri yang menetapkan DUN berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya. Menurutnya, mesyuarat pertama itu diadakan pada 12 November 2020.

760a48f13e3228584115fd74665fa180

“Yang dipertua Dewan adalah betul apabila mengumumkan bahawa hari terakhir penggal DUN ini jatuh pada 11 November 2025 kerana hari pertama mesyuarat ialah 12 November 2020,” tambah Yong.

Yong juga merujuk kepada satu warta bertarikh 9 Oktober 2020 yang tular minggu lalu.

Warta itu memanggil “mesyuarat khas” di bawah Peraturan Mesyuarat No. 6. Namun, katanya, peraturan itu telah disalahgunakan kerana ia hanya terpakai untuk mesyuarat kecemasan bagi dewan yang sedang bersidang, bukannya mesyuarat pertama selepas pilihan raya.

“Peraturan mesyuarat yang sepatutnya digunakan untuk sidang pertama pada 2020 ialah Peraturan Mesyuarat No. 15. 

ee4994b4fd47c874c0f9328583aa4b0a

“Hakikatnya, mesyuarat pertama DUN ke-16 ialah pada 12 November 2020,” katanya.

Pada pandangan Yong, pembubaran itu dibuat tergesa-gesa untuk memastikan ketua menteri dapat memperoleh perkenan Yang di-Pertua Negeri sebelum dia berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Kuala Lumpur pada 7 Oktober.



Source link