Malaysia Oversight

Hadiah Nobel Kimia 2025 Dikongsi Tiga Saintis Yang Mencipta Struktur Logam-Organik

By Amanz in October 10, 2025 – Reading time 1 minute
Hadiah Nobel Kimia 2025 Dikongsi Tiga Saintis Yang Mencipta Struktur Logam-Organik


Hadiah Nobel Kimia 2024 dianugerahkan kepada Susumu KitagawaRichard Robson dan Omar M. Yaghi kerana sumbangan mereka kepada penemuan struktur logam-organik (metal–organic frameworks) yang lebih dikenali sebagai MOF. Struktur berliang yang diperbuat daripada logam membenarkan tindak balas kimia dilakukan oleh bahan organik.

Hadiah Nobel Kimia 2025

Kajian menghasilkan MOF dimulakan oleh Robson pada tahun 1989 dengan penghasilan kristal berliang menggunakan ion tembaga dan kumpulan kimia yang tertarik dengan molekul tembaga. Sungguhpun begitu struktur ini tidak stabil.

Seterusnya Kitagawa menunjukkan gas boleh mengalir masuk dan keluar daripada MOF dengan struktur yang boleh lentur. Akhir sekali Yaghi menghasilkan MOF yang stabil dan boleh diubah suai untuk memberikan ciri-ciri yang dikehendaki.

metal%E2%80%93organic frameworks MOF kimia nobel

MOF boleh dibina daripada pelbagai jenis logam membolehkan ahli kimia menggunakannya untuk menangkap atau menyimpan sebatian tertentu yang seterusnya boleh menghasilkan tindak balas kimia serta mengalirkan arus elektrik. Ia kini digunakan untuk menangkap gas toksik, menghasilkan air daripada udara di padang pasir dan mengasingkan bahan kimia abadi (PFAS) daripada air.



Source link