Malaysia Oversight

Hadi tutup perbahasan RMK13 dengan pantun sindir PM

By MkiniBM in August 13, 2025 – Reading time 1 minute
Hadi tutup perbahasan RMK13 dengan pantun sindir PM


PARLIMEN l Presiden Abdul Hadi Awang menutup perbahasan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dengan menyindir Perdana Menteri Ibrahim supaya meletakkan jawatan sebelum tersungkur.

Ahli Parlimen Marang itu mendakwa di bawah Madani banyak jenayah berlaku bermula dari Kuala Lumpur hingga ke Sabah.

c820b09aee56b9606bab111b653f4cce
Abdul Hadi Awang

Dakwanya masalah yang berlaku dalam negara ini bawah pentadbiran DAP dan Pakatan Harapan (PH) serta rakan-rakannya dalam .

“Dari Kuala Lumpur pergi ke Sabah, berpatah balik menuju , jangan berlumpur tersungkur rebah, lebih baik letak jawatan,” kata Abdul Hadi yang berpantun semasa menggulung perbahasannya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata rakyat wajib menukar yang “berpakaian tidak lengkap” dipercayai merujuk kepada sebuah kerajaan yang didakwa tidak berpegang kepada prinsip , dan tidak mengikut petunjuk Allah.

Oleh itu katanya, rakyat perlu memilih di antara dua pilihan hari ini iaitu ‘madani kebendaan’ hingga meninggalkan integriti seperti dilakukan Israel yang disokong Amerika, Eropah dan sekutu-sekutunya.

4e3c0804430ce31d05f75af9b100c9f1

Ataupun madani paling dilupakan iaitu ‘Madani Islami’ yang berintegriti seperti mana janji Allah.

“Pilih antara dua madani ini. Madani yang mengutamakan integrasi atau madani yang meninggalkan integriti.

“Walaupun ada duit banyak, integriti tak ada. Akan bocor, akan tiris, akan kehilangan, akan habis macamlah dulu-dulu juga.

“Negara kita terus dalam keadaan negara ‘sedang membangun’ tak bangkit-bangkit. Tak jadi negara maju kalau begitunya,” katanya.

Oleh itu tegasnya, rakyat perlu membuat dua pilihan ini demi masa depan negara.



Source link