Malaysia Oversight

Hadi sahkan PAS akan terajui PN

By MkiniBM in January 2, 2026 – Reading time 1 minute
Hadi sahkan PAS akan terajui PN


Presiden Abdul Hadi Awang mengesahkan parti itu akan menerajui PN susulan peletakan jawatan Yassin sebagai pengerusi berkuat kuasa semalam.

Abdul Hadi berkata mesyuarat mengenai calon pengerusi PN yang baru akan berlangsung minggu depan yang dijangka turut dihadiri pemimpin Bersatu.

“Mesyuarat itu nanti akan bersama-sama Bersatu. (Pemimpin) yang letak jawatan itu atas dia (sama ada) hendak datang (mesyuarat) atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di Marang hari ini.

Abdul Hadi berkata mempunyai ramai calon dalam kalangan agamawan mahupun teknokrat namun Anggota Parlimen Marang itu masih menutup mulut mengenai identiti calon yang akan dikemukakan.

Ditanya kemungkinan dia akan menerajui PN seperti cadangan beberapa pihak, Abdul Hadi sekadar menjawab dirinya dalam keuzuran.

-Bernama



Source link