Malaysia Oversight

Hadi risau jika umum calon PM akan diletak emas, dadah dalam kereta

By MkiniBM in October 15, 2025 – Reading time 2 minute
Hadi risau jika umum calon PM akan diletak emas, dadah dalam kereta


tidak menamakan calon perdana menteri atas faktor keselamatan kerana khuatir akan perbuatan khianat.

Presiden , Abdul Hadi Awang berkata, sebaliknya perkara utama adalah memastikan parti menang pilihan raya terlebih dahulu sebelum diumumkan sebagai calon perdana menteri.

“Mungkin orang tanya kenapa tak umum lagi calon perdana menteri, satu soalan yang kerap kali ditanya, suka saya nak jawab, yang penting kami memilih pemimpin yang berintegriti, tak menentukan orang lagi. Tentukan dia menang pilihan raya.

“Kenapa tak namakan daripada awal, demi keselamatan ada bahayanya, kalau orang tahu dia calon perdana menteri, disogoknya jongkong emas, letak jongkong emas dalam kereta, letak dadah dan sebagainya, tak boleh bertanding atas sebab-sebab yang berlaku.

“Ini perkara yang perlu difahami semua pihak,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 15 Sep lalu, Abdul Hadi berpendapat pemimpin berumur atas 70 tahun tidak sepatutnya menjadi perdana menteri.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian pada sidang media ketika ditanya apakah dia bersedia menawarkan diri sebagai calon perdana menteri mewakili PN.

Demo besar-besaran bantah ‘syaitan besar’ 

Sementara itu, Hadi berkata akan terus menentang kehadiran Presiden AS, Donald ke Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Asean hujung bulan ini.

Katanya, parti itu akan mengerahkan rakyat secara besar-besaran untuk turun ke jalan raya bagi membantah kehadiran yang disifatkan sebagai “syaitan besar”.

Tambah Hadi, tindakan yang jelas menyokong kekejaman Israel tidak layak untuk dijemput.

3063cf267ce63e7533219759a88e5533
Donald Trump

“(Trump) sedia membekal apa sahaja senjata Israel mahu, Israel belum cukup usaha perperangan dia…dia sanggap rebah bangun dengan Israel, dalam masa sama sanggup pergi Mesir buat perjanjian damai, perjanjian damai yang sangat mengarut.

“Ada pun jemput tokoh ni, tokoh ni saya anggap syaitan besar, nak menipu, apatah lagi dia mendukung dilaknat Allah SWT.

“Dengan sebab itu saya menegaskan bahawa kami akan mengerahkan rakyat untuk memprotes dengan sekeras-kerasnya terhadap lawatan ini,” katanya mengakhiri perbahasan.



Source link