Malaysia Oversight

Hadi beri isyarat PAS sedia pimpin negara

By MkiniBM in September 15, 2025 – Reading time 2 minute
Hadi beri isyarat PAS sedia pimpin negara


Presiden , Abdul Hadi Awang hari ini memberi isyarat bahawa sudah tiba masanya parti itu memimpin PN dan negara.

Dalam ucapan dasarnya di Muktamar ke-71 di Kedah, Abdul Hadi berkata parti itu bersedia memimpin masyarakat majmuk Malaysia dan menegaskan bahawa adalah penyelesaian kepada masalah negara.

bersedia memimpin Malaysia yang bermasyarakat majmuk, berpegang pada keluhuran Perlembagaan Persekutuan dengan pentafsiran yang sebenar (al-din) tanpa meminggirkan hak dan kepentingan kaum lain.

“Percayalah bahawa hanya Islam yang sempurna, adil, dan rahmat dapat menyatukan masyarakat majmuk dengan harmoni dan selamat,” katanya di hadapan para perwakilan serta hadirin di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar.

Turut hadir ialah pimpinan parti komponen PN termasuk presiden Bersatu merangkap pengerusi PN Yassin, ketua pembangkang Hamzah Zainudin, presiden Gerakan Dominic Lau, serta presiden Parti Masyarakat India Malaysia (MIPP), P Punithan.

c5b710d331959f7ab1b8ff335ee571fe

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, berikrar PAS akan terus mempertahankan hak bukan Islam di negara ini sekiranya diberi peluang untuk memerintah.

Dia berkata parti itu berpegang pada prinsip Islam bahawa tiada paksaan dalam beragama serta mengutamakan keamanan dan persaudaraan.

“Islam mewajibkan pemerintah untuk bersikap adil kepada semua. Islam mengizinkan penganut agama lain melaksanakan apa-apa yang diizinkan oleh agama mereka, dengan sempadan menjaga sensitiviti umat Islam; dan Islam menyuruh umatnya menjaga sensitiviti penganut bukan Islam, sehingga termasuk dalam perkara akidah ketuhanan,” katanya.

Kembali kepada penyelesaian Islam

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Hadi mengumumkan tema muktamar kali ini iaitu ‘Kembali Kepada Penyelesaian Islam’.

Dia berkata negara kini menyaksikan keruntuhan moral individu dan institusi keluarga, politik yang zalim dan menipu, sehinggalah kemusnahan alam sekitar.

“Politik yang menjadi amanah bertukar menjadi peluang mendapatkan pangkat dan harta sehingga menipu, khianat, dan rasuah. Ekonomi menyembah kebendaan yang mengikuti nafsu mengatasi akal, memonopoli kekayaan tanpa batas halal dan haram, sehingga meninggalkan kewajipan bermasyarakat.

“Kemuncak ketamakan manusia merosakkan alam sekitar di lautan dan daratan, mencetuskan peperangan yang melampau sehingga merosakkan alam dunia, sebagaimana yang dibimbangkan oleh para malaikat sebelum diciptakan manusia

“Maka pada muktamar ini, kita membawakan tema, “Kembali Kepada Penyelesaian Islam”,” jelasnya.



Source link