SERDANG: Rakyat dibenarkan untuk membeli beras putih tempatan (BPT) lebih daripada dua kampit, susulan bekalan makanan ruji itu semakin stabil ketika ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keputusan itu membuktikan keberhasilan pelbagai langkah intervensi yang dilaksanakan kerajaan sejak beberapa bulan lalu.
“BPT (sudah) boleh beli lebih daripada dua kampit, cuma tidak boleh lebih dari lima kampit sahaja,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Bulanan dan Majlis Rahmah Mesra Aidilfitri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan 2025 di Dewan D, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, hari ini. – UTUSAN